Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


 

28/02/2018

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

  • Listed: January 30, 2018 4:56 pm

Description

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

SYARAT-SYARAT AM

Syarat-Syarat Permohonan Keterangan
Kelahiran Pemohon lahir di Negeri Selangor; atauIbu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau

Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR

 

Peringkat Pengajian Pemohon telah MENDAFTARKAN DIRI untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil – sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon)
Penajaan Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja layak memohon. Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.
Pencapaian Akademik Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Tahun Pengajian Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian.

SYARAT AKADEMIK

Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda Pertama Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atauMemperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Diploma Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atauMemperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.
Sijil (IPTA) Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja) Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM;
Iklan Tawaran Hebahan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangorhttp://www.selangor.gov.my

Hebahan melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my

Kaedah Permohonan Permohonan adalah secara online sahaja di Portal rasmi TKWBNS
Tarikh Permohonan Permohonan dijadualkan dibuka seperti berikut:Sesi Pertama: 1 – 28 Februari

Sesi Kedua: 1 – 30 Ogos

Temuduga Pemohon yang mengemukakan permohonan lengkap dan layak akan disenarai pendek untuk temuduga.Temuduga dijadualkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan.

Pemohon yang tidak dipanggil temuduga di anggap tidak berjaya

Tawaran Hanya pemohon yang disokong panel dan mencapai markah minimum yang ditetapkan akan ditawarkan pembiayaan.Keputusan tawaran akan diumumkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas selesai urusan temuduga.
Semakan Temuduga / Keputusan Hebahan panggilan temuduga dan tawaran dibuat melalui portal rasmi TKWBNS. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuat semakan dari semasa ke semasa.Urus Setia tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul akibat daripada kegagalan pemohon untuk membuat semakan sendiri.
Kuota Penerima Kuota 1,500 peminjam sahaja setahun.Purata jumlah permohonan yang diterima adalah 6,000 pemohon setahun.
Kriteria Pemilihan Mengisi dan memuatnaik semua dokumen permohonan ke dalam sistem dengan LENGKAP.Memenuhi semua syarat kelayakan memohon.

Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga

Mencapai markah minimum jumlah keseluruhan merit yang diambil kira.

Pemohonan yang memenuhi semua Syarat Kelayakan Memohon TIDAK SEMESTINYA ditawarkan pinjaman.

 

KADAR PINJAMAN

Peringkat Pengajian Kadar Pinjaman (Setahun)
Ijazah Perubatan (Perubatan/Pembedahan/Pergigian/Veterinar) RM7,000
Ijazah Sarjana Muda RM6,500
Diploma RM4,900
Sijil RM4,000

Kadar ini adalah terpakai bagi pengajian di institusi awam dan swasta.

* Pelajar Ijazah Perubatan yang mempunyai pembiayaan PTPTN adalah layak untuk memohon.

* Pelajar selain Ijazah Perubatan tidak dibenarkan mempunyai 2 penajaan dalam satu masa.

KAEDAH PEMBAYARAN PINJAMAN KEPADA PELAJAR

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat Pelajar.

Pelajar yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Muamalat sahaja.

Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.

PERMOHONAN SESI KEDUA DIBUKA PADA 1 – 28 FEBRUARI 2018

  • Bagi pemohon yang baru mendaftar, sila klik di sini 
  • Bagi pemohon yang telah mendaftar pada sesi terdahulu, sila klik di sini
    (sila hubungi urus setia TKWBNS jika terdapat masalah untuk log-in)

SILA SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN ANDA SELEPAS DUA (2) MINGGU DARI TARIKH PERMOHONAN DITUTUP. 



Ad Reference ID: 595a70a3a5ec33d

More Info…

Stats