Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


 

OPEN

Semakan Permohonan Online Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2018/2019

  • Listed: March 14, 2018 3:19 pm

Description

Permohonan rayuan Matrikulasi dijangka akan dibuka pada hujung bulan April 2018. Sedia maklum, terdapat TIGA (3) cara permohonan rayuan bagi yang mereka telah gagal dalam permohonan Program Matrikulasi KPM.

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018/2019 Online

Terdapat tiga kaedah permohonan rayuan Matrikulasi iaitu samada permohonan rayuan secara online, atau menghantar surat rayuan rasmi atau berhubung terus dengan Bahagian Matrikulasi:

◾ Tarikh Rayuan Permohonan
Matrikulasi:
*Akan dikemaskini (Dijangka hujung bulan April 2018)

Cara Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018/2019 

1. Permohonan Rayuan Secara Online

Permohonan rayuan Matrikulasi boleh dibuat secara online menerusi pautan Semakan Tawaran Matrikulasi 2018.

2. Permohonan Rayuan Secara 
    Berhubung Terus Dengan Bahagian 
    Matrikulasi

Berhubung terus ke Bahagian Matrikulasi KPM bersama salinan keputusan SPM yang telah disahkan untuk mengisi borang. Dokumen yang anda perlu bawa adalah seperti berikut:

◾Salinan Kad pengenalan diri yang telah
disahkan
◾Salinan Kad pengenalan ibu & bapa yang
telah disahkan
◾Salinan keputusan SPM yang telah
disahkan
◾Salinan Sijil aktiviti di peringkat
negeri/kebangsaan yang telah disahkan
sahaja
◾Surat rasmi yang menyatakan alasan
kenapa memohon rayuan

3) Permohonan Rayuan Dengan Cara 
    Menulis Surat Rasmi

Selain itu , anda juga boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan perlu lampirkan beberapa dokumen seperti berikut:

◾Salinan kad pengenalan diri yang telah
disahkan
◾Salinan kad pengenalan ibu & bapa yang
telah disahkan
◾Salinan keputusan SPM yang telah
disahkan
◾Salinan Sijil aktiviti kokurikulum di
peringkat negeri/kebangsaan yang telah
disahkan sahaja
◾Surat rasmi yang menyatakan sebab
kenapa memohon rayuan. Pastikan surat
rasmi tersebut mengandungi alamat,
nombor telefon dan emel kerana
keputusan rayuan akan dimaklumkan
melalui emel dan pos ke alamat anda.

Dokumen yang lengkap, kemudian perlu dihantar ke alamat berikut:

Pengarah Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Telefon: 03 – 8884 4083
Faks: 03 – 8884 4028
E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my

Sumber

MOHON SEKARANG!!



Ad Reference ID: 1605a64af9b0573e

More Info…

Stats