Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


 

INFO

Permohonan dan Semakan UPU Melalui Aplikasi UPUPocket

  • Listed: March 15, 2018 10:55 pm

Description

UPUPocket merupakan satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Aplikasi UPUPocket ini bertujuan membantu pemohon dan ibu bapa dalam mendapatkan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke UA dan IPTA. Aplikasi UPUPocket telah dilancarkan pada 3 Februari 2018 yang lalu bersempena dengan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 di Melaka.

Imej yang berkaitan

UPUPocket Aplikasi Permohonan dan Semakan UPU

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan panduan permohonan dan semakan UPU melalui Aplikasi UPUPocket:

Menu Utama UPUPocket

Antara maklumat dan panduan yang terdapat dalam Aplikasi UPUPocket termasuk:

A) Semakan

Pengguna boleh membuat semakan status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan.

B) e-Panduan

e-Guide menyediakan syarat kemasukan ke UA, TVET dan ILKA bagi lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf.

C) Tarikh Penting

UPUPocket turut memaparkan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan UPU.

D) Carian Alamat

Pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan.

Download Aplikasi UPUPocket

Bagi yang ingin mendapatkan aplikasi UPUPocket, anda kini boleh muat turun menerusi Google Play bagi Android dan App Store bagi iOS dan boleh muat turun melalui https://www.upu.mohe.gov.my

Cara Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi di talian helpline 03 – 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara kami di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.



Ad Reference ID: 3485aaaf9e2ee90b

More Info…

Stats