Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed


 

OPEN

Permohonan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2019/2020

  • Listed: February 21, 2019 11:58 pm

Description

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuka permohonan ke Program Matrikulasi KPM pada 25 Februari sehingga 2 April 2019.

Permohonan ini dibuka kepada pelajar yang telah menduduki SPM bagi tahun 2018.

Pemohon boleh membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) 5 digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM10.00 dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan SPM 2018. Nombor pin boleh dibeli bermula 25 Februari -2 April 2019.

Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang:

Laman Web Matrikulasihttps://matrikulasi.moe.gov.my

Keputusan permohonan akan dimaklumkan di dalam laman sesawang berkenaan. Pelajar atau pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM. Kerana keputusan SPM akan terus diperolehi dari Lembaga Peperiksaan sejurus diumumkan secara rasmi.

Pelajar yang berjaya perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana tawaran akan dikeluarkan atas talian sepenuhnya.



Ad Reference ID: 9775c6f3b2eb3d0b

More Info…

Stats